Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2018

PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Nama Ahli Kumpulan: Mohd Arif Haikal Bin Zaidi (16DPR17F1022) Nur Haifa Qurratul Najwa Binti Hasnan (16DPR17F1010) Nor Najihah Binti Mahadi (16DPR17F1006) Sisa Pepejal Apa itu sisa pepejal? Sisa pepejal ditafsir sebagai apa-apa bahan sekerap atau benda lebihan yang tidak dikehendaki atau keluaran yang ditolak yang timbul daripada penggunaan apa-apa proses. Sisa pepejal merupakan bahan buangan yang paling mudah didapati dan paling banyak dihasilkan. Hal ini terjadi kerana pertambahan sumber atau punca terhasilnya sisa pepejal itu. Antara punca yang menyebabkan bertambahnya sisa pepejal ialah: Pertambahan Jumlah Penduduk Jumlah penduduk yang semakin bertambah menyumbang kepada penghasilan sisa pepejal. Jumlah sisa pepejal yang dijana di Semenanjung Malaysia meningkat daripada 16,200 tan metrik sehari pada tahun 2001 kepada 19,100 tan metrik sehari pada 2005. Jumlah ini di anggarkan akan meningkat kepada 30,000 tan metrik sehari pada tahun 2020. Secara purata